Wednesday, 30 October 2013

sizzix big shot

finaly. my first sizzix big shot...
excited sangat2 bile machine nie sampai tadi...
terus gune.... memang seperti ape yang orang cakap, 
senang and cepat nak potong felt ikut shape... harge dier rm 650.
thanks to kak hanani coz jual kt saya...
 pasni senang la nk potong felt nak buat brooch....

Friday, 25 October 2013

Jenis-jenis felt...



Felt terdiri daripada pelbagai jenis. tetapi ape yang paling popular ialah jenis polyester dan acrylic.  Polyester lebih keras dan mudah diuruskan manakala acrylic pulak jenis yang lembut.

 Kebanyakkan crafter akan menggunakan acrylic, kerana ia lebih murah berbanding dengan harga polyester.  Walaupon harganya murah kualiti felt acrylic juga rendah, ia lebih cepat berbulu berbanding dengan felt polyester.

Felt polyester lebih mudah dipotong dan jahitannya kemas, manakala felt acrylic pula susah dipotong mengikut bentuk yang dikehendaki dan tidak tepat serta jahitan nya mudah senget.

 Selain daripada felt polyester dan acrylic... ade beberapa jenis felt yang lain seperti eco felt, wool blend dan 100% wool.

 Wool felt adalah diperbuat daripada 100% bulu kambing biri-biri dan semestinya mahal dan sukar untuk didapati di Negara Malaysia ini. Almaklumlah, negara kita ni kambing je yang banyak.

Eco-fi pula adalah daripada kitaran semula daripada botol, dengar macam best sebab boleh dikitar semula menjadi bahan kraf tangan tetapi bahan/kain jenis ini adalah mudah terbakar berbanding fabrik felt yang lain.

Wool blend campuran bulu kambing biri-biri dengan bahan yang lain seperti 'rayon', kualitinya mengikut peratusan bahan yang dicampurkan. Kadangkala hanya 30% sahaja bulu kambing biri-biri.

Untuk keterangan lanjut kawan-kawan boleh la rujuk di http://pinotestyle.blogspot.com/2009/08/perbezaan-acrylic-felteco-feltwool.html

Ataupun boleh rujuk di laman web http://americanfeltandcraft.wordpress.com/2009/04/04/felt-smackdown-4-felts-will-go-in-only-one-can-emerge-victorious/   terus... 

Friday, 18 October 2013

Idea dari zip......






  Brooch Zip...




akhir nye siap juga brooch dari zip nie...
mula-mula buat kekok sikit sebab tebal, tapi lame2..
seronok plak..
lagi2 bile da siap and da tambahkan manik ...
nampak macam kelopak bunga...
lepas ni nak cari idea lain plak...
Waktu pergi jalan2 asyik nampak brooch dari felt, button and cotton jer...
nak cari idea pon susah...